Hati-hati semasa mencantas pokok


Mencantas (prunning) sememangnya memerlukan pengalaman dan penelitian. Pagi yang cerah selalunya adalah keadaan yang sesuai untuk mencantas. tetapi hari ini ternyata membawa satu lagi pengalaman yang sangat perlu dalam aktiviti mencantas.

Seperti biasa sekiranya ada kesempatan saya akan mencantas ranting-ranting kecil pada pokok-pokok nangka yang terdapat di Pusat Pengembangan Teknologi Kampung Awah. Tanpa disedari ketika mencantas dan membuang salah satu ranting pokok nangka. Saya dikejutkan dengan kehadiran ular yang menjalar dan melintang betul-betul dihadapan saya. Terkejut dengan situasi tersebut, saya lari kepejabat sambil mengucap panjang :).
Pokok nangka 'berular'

Setelah diteliti barulah saya faham akan keadaan yang sebenar. Sekarang adalah musim untuk burung mengawan dan kebanyakan burung membuat sarang di pokok-pokok nangka yang ada disini. oleh itu ular tersebut mungkin sedang mencari telur-telur burung tersebut untuk dibuat makanan.

Sarang dan telur burung di pohon nangka


Cabaran di Pertandingan Terbuka Catur Temerloh

2 hari perlawanan dengan 7 pusingan, dan apa yang menarik perlawanan di sini banyak menampilkan jaguh-jaguh veteren. walaupun hanya dapat menarik sebahagian penyertaan dari jemputan di sebabkan wabak H1N1, tetapi pertandingan masih dapat diteruskan dengan menampilkan peserta-peserta yang hebat. Pertandingan kali ini saya masih juga mendapat 3 mata, cuma kali ini daripada 7 perlawanan. Pertandingan ini juga menetapkan pemain untuk mencatat koordinat gerakan. seingat saya kali terakhir saya mencatat koordianat ini semasa saya berada di tingkatan 4 dan mewakili sekolah ke pertandingan catur peringkat daerah klang pada tahun 2000. Pastinya agak kekok sedikit untuk menulis dan bermain catur setelah sekian lama dan masih dalam keadaan ingat-ingat lupa.

3 mata lagi..


Dari Meja 23



Sekali lagi menyertai pertandingan terbuka catur, dan kali ini adalah pertandingan catur terbuka DUN Sri Andalas bertempat di Dewan Hamzah Klang. Walaupun tersesat sehingga ke dewan Sukan Sri Andalas dan mendapati pertandingan yang ada ialah pertandingan ping-pong (garu kepala sekejap di situ) akhirnya sampai juga ke tempat pertandingan sebenar setelah bertanya lebih lanjut melalui telefon kepada pihak urusetia (en. zamri). Saya adalah antara yang terawal tiba walaupun pertandingan bermula kira-kira pukul 10.00 pagi. Penyertaan kali ini hanya berjaya membawa pulang 3 mata. Sama mata yang dibawa semasa pertandingan catur Terbuka Ole-Ole Shah Alam. Memang benar, tanpa latihan tidak mungkin untuk mencapai tahap yang lebih baik. Jadi pengajarannya, sentiasalah melatih diri hehe

De Laguna Park : Port Klang Chess Open

LATEST UPDATE !!!! (3rd July 2009)
1. Total cash prizes n lucky draw increased frm RM2,500 to rm 3,000.
2. Cash prizes up to 15th placing for both categories ( open & under 12 )
3. Additional of extra prizes for 12 winners overall.
4. Free breakfast for all participants.
5. At least 10 pax for lucky draws.
6. Free Returns Transport : 'We Serve We Care - Port Klang-Laguna-Port Klang' for public transports users ( train, bus and taxi ).
Further Information : http://seleranelayan.blogspot.com


Hmmm...minat bermain catur sebenarnya memang tak pernah padam dalam diri aku. Kali ini aku menghabiskan duit untuk membeli Profesional Set catur di Mentakab. Tapi ade sedikit musykil la...dulu chess set ni buah caturnye di perbuat dari marmar..ni dah jadi plastik plak.

Kejohanan Catur Terbuka Hulu Selangor 2009

2nd Kejohanan Catur Terbuka Hulu Selangor 2009

Untuk Pemain National Rating Bawah 2000

ANJURAN BERSAMA :PERSATUAN CATUR HULU SELANGOR & KELAB CATUR SMKTBR
TARIKH :5 JULAI 2009(AHAD)
MASA : 8.30 PAGI – 4.00 PETANG
TEMPAT :SMK TAMAN BUNGA RAYA(1) BUKIT BERUNTUNG,
RAWANG,SELANGOR
SISTEM PEMUTUS : 6/7 PUSINGAN , i.Solkof ii.SB iii. Progresive
KAWALAN MASA : 20 Minit

Yuran Penyertaan : RM 15, Pelajar H Selangor – RM 10
Pertanyaan : Zullkafli 0122945748 Mohd Noor -0123558878,Suffiah-0122085413

Tentatif Program

Masa Pendaftaran-0800 - 0930Round 1 - 1000 pagi

Hadiah

TERBUKA----------Hulu Selangor----Bawah 12
JOHAN RM 250------RM 100-----------RM 50
N/JOHAN RM 150---RM 70------------RM 40
KE 3 RM 100---------RM 50------------RM 30
KE 4 RM 80----------RM 40------------RM 20
KE 5 RM 50----------RM 30------------RM 20
KE 6 RM 50----------Hamper-----------Hamper
KE 7 RM 30----------Hamper-----------Hamper
KE 8 RM 30----------Hamper-----------Hamper
KE 9 RM 30----------------------------1Best HS RM30
KE 10 RM 30---------------------------2Best HS RM20
Best 12
Best 16
Best Girl
Best IPT
Best Guru
RM 30

Sumber : http://selchess.blogspot.com

Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelas Tingkatan 5 A 2001 SMK Meru


Majlis Jamuan akhir tahun akhirnya dapat diadakan dengan jayanya setelah menteri kewangan (bendahari kelas) ketika itu iaitu saudara Anuar bertungkus lumus mendapatkan saki baki duit kelas dari pembayar-pembayar yang degil (sape ek..). Majlis yang diadakan di rumah Amir ini telah disertai oleh semua pelajar kelas 5A, guru kelas kami, Cikgu Hashimah Hashim dan beberapa guru lain. Ini juga merupakan jamuan kelas terakhir yang disertai oleh kami sebelum meneruskan langkah menyambung pelajaran atau ke alam pekerjaan. Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat mengajar kami dan hanya tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik dan ilmu yang telah diberi :)

Selamat Menunaikan Umrah Wak

Sesi luahan rase dan Bermaaf-maafan bersama rakan-rakan
RUMAH WAK- Wak din a.k.a abg. jamil akhirnya dapat memenuhi hajat untuk menunaikan umrah bersama keluarga tersayang. Kegembiraan ini dikongsi bersama rakan-rakan yang datang memenuhi undangan wak kerumahnya untuk satu kenduri doa selamat seraya menimbulkan keinsafan kepada rakan-rakan ini yang menghitung hari dan duit di tabung ayam menantikan hari keberangkatan ke tanah suci mekah. Kenduri doa selamat sempena umrah yang pada mulanya dirahsiakan oleh wak dengan kata-kata "korang datang je dulu rumah aku ade makan2 lepas asar baru aku citer" menimbulkan tanda tanye di benak rakan-rakan yang rata-ratanya datang dengan mengandaikan wak akan 'mendirikan masjid' akhirnya terjawab selepas sesi luahan rase selepas kenduri. Walaubagaimanapun tahniah buat Wak :)

Tahniah Buat Hamizi dan Erniza

Akhirnya ke jinjang pelamin juga :)





Barisan skuad futsal Sedulur FC
Berdiri dari kiri : yem, jeli, juan, jakpo, nabeel
Duduk dari kiri : Nyami, iwan, emy, ijan
Tukang ambil gambar : Jelan
The Roof Futsal, Meru - Buat pertama kalinya perlawanan yang mengumpulkan sedulur-sedulur (saudara-saudara) diadakan di The Roof Futsal dengan pihak lawan adalah jemputan daripada kawan-kawan juan. Perlawanan yang berlangsung sengit selama sejam setengah yang berbekalkan 2 air mineral botol besar tampak agak seimbang. Walaupun mata tidak dikira (tak sempat nak kira sebab banyak sangat gol), tetapi secara keseluruhan perlawanan memihak kepada sedulur FC berdasarkan kiraan yang dibuat secara andaian. Pemain-pemain Sedulur FC yang kebanyakannya diimport dari Bukit Hijau, Jeram dan ditaja oleh Milo menampakkan aksi bersungguh-sungguh dengan banyak menyepak bola ke arah gol, tiang gol, dan penjaga gol. Diharapkan agar perlawanan ini dapat diteruskan pada masa-masa hadapan.

Copyright © 2009 - \(^0^)/ - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template