2 hari perlawanan dengan 7 pusingan, dan apa yang menarik perlawanan di sini banyak menampilkan jaguh-jaguh veteren. walaupun hanya dapat menarik sebahagian penyertaan dari jemputan di sebabkan wabak H1N1, tetapi pertandingan masih dapat diteruskan dengan menampilkan peserta-peserta yang hebat. Pertandingan kali ini saya masih juga mendapat 3 mata, cuma kali ini daripada 7 perlawanan. Pertandingan ini juga menetapkan pemain untuk mencatat koordinat gerakan. seingat saya kali terakhir saya mencatat koordianat ini semasa saya berada di tingkatan 4 dan mewakili sekolah ke pertandingan catur peringkat daerah klang pada tahun 2000. Pastinya agak kekok sedikit untuk menulis dan bermain catur setelah sekian lama dan masih dalam keadaan ingat-ingat lupa.
0 komen:
Post a Comment