Mencantas (prunning) sememangnya memerlukan pengalaman dan penelitian. Pagi yang cerah selalunya adalah keadaan yang sesuai untuk mencantas. tetapi hari ini ternyata membawa satu lagi pengalaman yang sangat perlu dalam aktiviti mencantas.
Seperti biasa sekiranya ada kesempatan saya akan mencantas ranting-ranting kecil pada pokok-pokok nangka yang terdapat di Pusat Pengembangan Teknologi Kampung Awah. Tanpa disedari ketika mencantas dan membuang salah satu ranting pokok nangka. Saya dikejutkan dengan kehadiran ular yang menjalar dan melintang betul-betul dihadapan saya. Terkejut dengan situasi tersebut, saya lari kepejabat sambil mengucap panjang :).
Setelah diteliti barulah saya faham akan keadaan yang sebenar. Sekarang adalah musim untuk burung mengawan dan kebanyakan burung membuat sarang di pokok-pokok nangka yang ada disini. oleh itu ular tersebut mungkin sedang mencari telur-telur burung tersebut untuk dibuat makanan.
Sarang dan telur burung di pohon nangka
0 komen:
Post a Comment