RUMAH WAK- Wak din a.k.a abg. jamil akhirnya dapat memenuhi hajat untuk menunaikan umrah bersama keluarga tersayang. Kegembiraan ini dikongsi bersama rakan-rakan yang datang memenuhi undangan wak kerumahnya untuk satu kenduri doa selamat seraya menimbulkan keinsafan kepada rakan-rakan ini yang menghitung hari dan duit di tabung ayam menantikan hari keberangkatan ke tanah suci mekah. Kenduri doa selamat sempena umrah yang pada mulanya dirahsiakan oleh wak dengan kata-kata "korang datang je dulu rumah aku ade makan2 lepas asar baru aku citer" menimbulkan tanda tanye di benak rakan-rakan yang rata-ratanya datang dengan mengandaikan wak akan 'mendirikan masjid' akhirnya terjawab selepas sesi luahan rase selepas kenduri. Walaubagaimanapun tahniah buat Wak :)
0 komen:
Post a Comment