Tahniah Buat Hamizi dan Erniza

Akhirnya ke jinjang pelamin juga :)





Barisan skuad futsal Sedulur FC
Berdiri dari kiri : yem, jeli, juan, jakpo, nabeel
Duduk dari kiri : Nyami, iwan, emy, ijan
Tukang ambil gambar : Jelan
The Roof Futsal, Meru - Buat pertama kalinya perlawanan yang mengumpulkan sedulur-sedulur (saudara-saudara) diadakan di The Roof Futsal dengan pihak lawan adalah jemputan daripada kawan-kawan juan. Perlawanan yang berlangsung sengit selama sejam setengah yang berbekalkan 2 air mineral botol besar tampak agak seimbang. Walaupun mata tidak dikira (tak sempat nak kira sebab banyak sangat gol), tetapi secara keseluruhan perlawanan memihak kepada sedulur FC berdasarkan kiraan yang dibuat secara andaian. Pemain-pemain Sedulur FC yang kebanyakannya diimport dari Bukit Hijau, Jeram dan ditaja oleh Milo menampakkan aksi bersungguh-sungguh dengan banyak menyepak bola ke arah gol, tiang gol, dan penjaga gol. Diharapkan agar perlawanan ini dapat diteruskan pada masa-masa hadapan.

Pertandingan Futsal 5 Sebelah kali ke-2

Klik untuk besarkan
Assalamualaikum, satu lagi pertandingan Futsal akan berlangsung di The Roof Futsal, Meru. Pertandingan kali ini dianjurkan oleh saudara Nuek, di mana beliau mendapat cabaran daripada kawan2 saudara Fizi dari Shah Alam untuk memulakan pertarungan bermain Futsal di Meru kerana khabarnya pasukan Jejaka Jambu yang dibentuk di Meru ini boleh di buat 'lauk' sehingga membuatkan saudara Nuek 'panas' sekaligus menerima cabaran. Kepada kawan-kawan yang berada di Meru, sila-silalah hadir ke pertandingan, samaada anda hendak bermain, menonton, ataupun mengutip bola, kehadiran anda adalah amat dialu-alukan. Alasan datang lambat seperti tertidur, bagi kambing makan, tengok Manchester vs Liverpool di kedai mamak tidak akan diterima. Ingat geng jangan malukan Meru haha. Jumpa Di sanaaaa :)
Panduan Ke The Roof Futsal, Meru

Kebakaran Deretan Kedai di Simpang Empat. Meru

Meru, Klang - Bagi penduduk Meru, mungkin masih ada yang mengingati kebakaran yang berlaku di simpang empat Meru melibatkan deretan kedai papan sebelum ini. Kejadian yang berlaku pada 27 Jun 2005 itu sedikit sebanyak sudah menyebabkan bangunan lama dan bersejarah di pekan Meru musnah. Contohnya kedai mamak yang selalu menjadi kawasan lepak strategik warga tua Meru . Kebakaran besar tersebut telah menyebabkan mereka hilang arah dan mencari port2 baru. Di sini terdapat sedikit rakaman yang sempat diambil semasa hari kejadian. Sekarang? dah ganti bangunan batu :) satu lagi perubahan wajah pembangunan meru hasil dari kebakaran. Sekadar ingin berkongsi...

sumber video : Mumtaz

Berakhirnya zaman bujang AimanxShariza

Taman Dato' Bandar, Meru 13April - Maka, selamat sudah majlis persandingan Aiman dan Shariza yang telah diadakan di rumah pihak lelaki di Taman Dato' Bandar, Meru. Majlis yang penuh meriah ini telah dihadiri oleh ramai sanak saudara dan rakan-rakan pasangan pengantin yang semestinya mahu menyaksikan peristiwa bersejarah ini. Saya selaku wakil sahabat-sahabat yang lain mengucapkan setinggi-tinggi tahniah, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya..Amin. Dibawah disertakan sekali gambar2 beserta sedikit coretan peristiwa sepanjang sesi perkahwinan tersebut (edisi eksklusif hehe :)
Aksi syaaban menghalang muka pengantin (Aiman) dari perhatian jurukamera

Pengantin bersiap hendak berarak, control macho man


Pertandingan Boling Tertutup anjuran Bujang2 kesepian,Meru kali yg ke 3 suku


KLANG PARADE, 13 April - Satu pertandingan boling tertutup anjuran bujang2 kesepian Meru telah diadakan di Pusat Boling Klang Parade,Klang. Penyertaan terdiri daripada beberapa pemain P.P (Perasan Profesional) yang terdiri daripada lan panjang,lan jalan nenas,nuek,wak,ib,Fizi,mus dan khai. Pertandingan terpaksa diadakan setelah beberapa cadangan untuk perlawanan boling tertangguh dan beberapa insiden cabar-mencabar untuk menunjukkan kehebatan bermain boling berlaku.Lanjutan perbincangan hangat sejak dari rewang kenduri kahwin aiman,maka kata putus telah diambil untuk mengadakan perlawanan bermula pada pukul 8.00 malam dengan kambing baka Jamnapari Nuek menjadi taruhan setelah cabaran bagi yang kalah terpaksa berlari bogel dihadapan Klang Parade terpaksa di tolak setelah mengambil kira sensitiviti keagamaan dan maruah keluarga.Perlawanan bermula di Klang Parade pada pukul 10.00 malam apabila berlaku masalah kelewatan akibat daripada 'janji melayu' untuk berkumpul dan black out di Pusat Boling Klang Parade kerana di percayai wayar suis utama pusat boling tersebut telah digigit seekor tikus yang bertindak nekad.Perlawanan telah didakan sebanyak 2 game dengan bermain pada 2 lane. Kesemua pemain yang bersemangat berkobar-kobar hanya mencatatkan mata pada purata 120 mata dengan hanya mus mencatat mata 80 lebih dengan alasan 'belum panas' pada game pertama. Namun pertandingan kelihatan happy kerana mulut becok serta adegan2 kurang manis para peserta yang sentiasa membuat kecoh dan aksi terlampau dengan merendah-rendahkan peserta lain. Game ke 2 kelihatan lebih mempunyai semangat pertarungan dan caci-mencaci apabila kesemua pemain menunjukkan peningkatan. 8 pemain yang telah dipecahkan kepada 2 kumpulan juga mengundang persaingan yang tidak sihat sepanjang perlawanan. Kumpulan pertama yg dianggotai oleh lan panjang,lan jalan nenas,ib dan khai berjaya menunjukkan aksi pantas dan menawan berbanding kumpulan 2 yang di wakili oleh wak, Fizi, mus dan nuek yang kelihatan dengan aksi tidak comel.Wak yang membawa bola boling bertuahnya yang telah di beli secara pakej menunjukkan aksi yang memberangsangkan di game kedua setelah mengadu bahunya sengal pada game pertama akibat acara rock climbing yang terpaksa dihadirinya sempena family day. Nuek pula gagal mencari sentuhan hikmatnya apabila sekadar menduduki tangga kedua di belakang lan panjang walaupun cabaran-demi cabaran diberikan namun terpaksa menelan kegagalan. Bagi Lan jalan nenas, balingan ala-ala manjanya benar2 berkesan malam itu, balingan lembut tetapi mampu menjatuhkan banyak pin serta sesekali strike menimbulkan ketidakpuashatian di kalangan peserta.

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)

Kepada mereka yang ingin mengikuti KPLI sila klik disini : http://apps.emoe.gov.my/kpli/index.cfm
Tarikh tutup 14 April 2008
No.Pin untuk permohonan talian boleh didapati dicawangan bank BSN terdekat

Kepada sesiapa yg berminat untuk membeli perabot terpakai pada harga yang berpatutan, sila hubungi Zack-017-2127625 (dijamin berkualiti,klik gambar untuk paparan lebih besar)

Walimatulurus.. Undangan ke majlis perkahwinan AimanxShariza (Pihak lelaki)

Assalamualaikum....adalah dengan ini dijemput kepada rakan-rakan yang mengenali AIMAN BIN HAJI MOHD SUROR dan NORSHARIZA BINTI MOHD SHARIF untuk sama-sama hadir memeriahkan lagi majlis perkahwinan mereka yang akan diadakan pada hari ahad,13 April 2008 di alamat No.33,Jalan Muafakat 4, Taman Meru Selatan, 41050 Klang(Pihak Lelaki).Semoga dengan kehadiran rakan-rakan semua akan menyerikan lagi majlis.

Majlis Persandingan AimanxShariza

Suasana sekitar majlis pertunangan aimanxsha


Tahniah buat Reza(Ayang) dan Rohani atas kehadiran orang baru :)


Tahniah buat Reza dan Rohani di atas kelahiran puteri sulung,Haniza. Semoga haniza yang baru lahir akan mendapat adik tidak lama lagi hehe. Teruskan usaha Reza

Copyright © 2009 - \(^0^)/ - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template